Thursday, September 22, 2016

WASIAT TERAKHIR IMAM AL-GHAZALI

Di hari-hari terakhir hidupnya Imam al-Ghazali diziarahi oleh murid dan rakan-rakan yang meminta nasihatnya. “Nasihatilah kami”, pinta mereka. Ia menjawab; ‘Sentiasalah ikhlas’. Diulang-ulang nasihat itu hingga beliau wafat (Diceritakan oleh Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya; al-Bidayah wa an-Nihayah, 12/215).

Imam al-Ghazali wafat di usia 55 tahun (450-505H), dikebumikan di Tus (Khurasan). Seorang alim dalam pelbagai disiplin ilmu; aqidah, fiqh, usul fiqh, falsafah dan tasawwuf. Kerana itu beliau digelar Hujjatul Islam. Karya ilmiahnya melebihi 200 kitab. Paling masyhur ialah kitabnya Ihya’ Ulumiddin (al-A’lam, al-Zarkali).

Tuesday, September 20, 2016

CARA MENYAMBUT KEGEMBIRAAN

Kata Imam 'Ikrimah; "Tidak ada seorangpun melainkan ia akan merasai saat gembira dan saat sedih. Jadikanlah kegembiraan sebagai syukur dan jadikanlah kesedihan sebagai sabar" (Dinaqal dari; Tafsir Taufiq ar-Rahman, Syeikh Faisol al-Mubarak; surah al-Hadid, ayat 24).