Sunday, May 17, 2020

BADWI @ PENGEMBALA UNTA MELURUSKAN UMAR DENGAN PEDANG

وَقَالَ الْخَلِيفَةُ الثَّانِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ - رَضِيَ اللهُ عَنْهُ - مَنْ رَأَى مِنْكُمْ فِيَّ عِوَجًا فَلْيُقَوِّمْهُ فَقَالَ لَهُ أَعْرَابِيٌّ: لَوْ رَأَيْنَا فِيكَ عِوَجًا لَقَوَّمْنَاهُ بِسُيُوفِنَا. فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْمُسْلِمِينَ مَنْ يُقَوِّمُ عِوَجَ عُمَرَ بِسَيْفِهِ.
suatu hari Umar RA berkhutbah di atas mimbar; 'Wahai manusia, jika kamu melihat Umar RA terseleweng, luruskanlah Umar'. Lantas seorang badwi atau pengembala unta bangun dan berkata; 'Jika kami melihat suatu penyelewengan dari/pada kamu, kami akan luruskannya dengan pedang-pedang kami'. Lalu Umar membalas; "Segala puji milik Allah yang menjadikan di kalangan kaum muslimin ada orang yang bersedia meluruskan penyelewengan Umar dengan pedangnya" (Tafsir al-Manar; 11/219 & Tafsir al-Maraghi; 4/22).

* Dalam Tafsir al-Manar disebut sebagai seorang a'rabi (arab pedalaman atau badwi). Dalam Tafsir al-Maraghi di sebut "راعي الإبل" (pengembala unta).

Namun ada ulamak-ulamak hadis aliran salafi hari ini tolak cerita tersebut kerana tiada sanad, hanya diceritakan dalam kitab-kitab tarikh/sirah.
Kata mereka; tegur dengan pedang tu fikrah khawarij. Adapun ahlus sunnah, tegur dengan beradap dan berdepan dengan pemerintah shj (bukan di khalayak ramai)

Tapi ada riwayat soheh (dalam kitab Tabrani) ada seorang lelaki menegur Muawiyah; jika kamu menghalang rakyat dari harta mereka, kami akan hukum kamu dengan pedang-pedang kami. Imam al-Haitami kata perawi hadis/atsar ini sohe. Syeikh Albani sendiri pun kata soheh.

Pedang itu tak semestinya bermaksud menentang pemerintah dgn pedang. Ia boleh bermaksud ketegasan, tiada tolak ansur bagi penyelewengan pemerintah.

وأما ذكر السيف فلم نجده في أثر صحيح، إلا في ما رواه أبو يعلى والطبراني عن أبي قبيل قال: خطبنا معاوية في يوم جمعة فقال: إنما المال مالنا والفيء فيئنا، من شئنا أعطينا, ومن شئنا منعنا، فلم يرد عليه أحد، فلما كانت الجمعة الثانية قال مثل مقالته، فلم يرد عليه أحد، فلما كانت الجمعة الثالثة قال مثل مقالته، فقام إليه رجل ممن شهد المسجد فقال: كلا, بل المال مالنا والفيء فيئنا، من حال بيننا وبينه حاكمناه بأسيافنا، فلما صلى أمر بالرجل فأدخل عليه، فأجلسه معه على السرير، ثم أذن للناس فدخلوا عليه، ثم قال: أيها الناس, إني تكلمت في أول جمعة فلم يرد علي أحد، وفي الثانية فلم يرد علي أحد، فلما كانت الثالثة أحياني هذا أحياه الله، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سيأتي قوم يتكلمون, فلا يرد عليهم، يتقاحمون في النار تقاحم القردة ـ فخشيت أن يجعلني الله منهم، فلما رد هذا علي أحياني, أحياه الله، ورجوت أن لا يجعلني الله منهم.

قال الهيثمي في مجمع الزوائد: رواه الطبراني في الكبير والأوسط وأبو يعلى، ورجاله ثقات. اهـ.

وصححه الشيخ الألباني وحسين أسد محقق مسند أبي يعلى.

Thursday, September 22, 2016

WASIAT TERAKHIR IMAM AL-GHAZALI

Di hari-hari terakhir hidupnya Imam al-Ghazali diziarahi oleh murid dan rakan-rakan yang meminta nasihatnya. “Nasihatilah kami”, pinta mereka. Ia menjawab; ‘Sentiasalah ikhlas’. Diulang-ulang nasihat itu hingga beliau wafat (Diceritakan oleh Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya; al-Bidayah wa an-Nihayah, 12/215).

Imam al-Ghazali wafat di usia 55 tahun (450-505H), dikebumikan di Tus (Khurasan). Seorang alim dalam pelbagai disiplin ilmu; aqidah, fiqh, usul fiqh, falsafah dan tasawwuf. Kerana itu beliau digelar Hujjatul Islam. Karya ilmiahnya melebihi 200 kitab. Paling masyhur ialah kitabnya Ihya’ Ulumiddin (al-A’lam, al-Zarkali).

Tuesday, September 20, 2016

CARA MENYAMBUT KEGEMBIRAAN

Kata Imam 'Ikrimah; "Tidak ada seorangpun melainkan ia akan merasai saat gembira dan saat sedih. Jadikanlah kegembiraan sebagai syukur dan jadikanlah kesedihan sebagai sabar" (Dinaqal dari; Tafsir Taufiq ar-Rahman, Syeikh Faisol al-Mubarak; surah al-Hadid, ayat 24).